PBI Melaksanakan PdP Atas Talian Bagi Semester Baharu

Berikutan norma baharu, semua institusi pengajian tinggi di Malaysia termasuk Universiti Malaysia Kelantan dan Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (PBI) telah mengambil langkah untuk beralih dari interaksi fizikal ke kelas dalam talian. Bagi PBI, peralihan ke arah pengajaran dan pembelajaran dalam talian datang dengan pencapaian bersejarah, kerana PBI baru-baru ini menerima ahli keluarganya yang baharu, iaitu kumpulan pertama pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Perniagaan dengan Bahasa Inggeris, yang memulakan semester ini sebagai semester pertama mereka.

Walaupun kelas harus dilakukan secara dalam talian, ini tidak menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih suram kerana pelajar-pelajar baharu PBI sangat bermotivasi dan mempunyai tingkat penyertaan yang tinggi. Pengajaran dan pembelajaran akan dilakukan melalui platform Google Meet sepanjang semester, dan tugasan dan penilaian akan disampaikan menggunakan Platform Pengurusan Pembelajaran (LMS) UMK, eCampus.

Mempunyai platform di mana semuanya dikumpulakn dalam satu ruang bukan sahaja memudahkan pelajar mengakses maklumat, tetapi juga meminimumkan keperluan untuk menghantar atau menghubungkan maklumat dari sumber luaran. eCampus juga menyediakan platform selamat untuk penilaian dalam talian disamping mengintegrasikan alat seperti Turnitin untuk mengekalkan integriti akademik.

Selain itu, ciri utama eCampus adalah pemantauan dan analitiknya. Kebolehan merekod kehadiran yang mantap membolehkan tenaga pengajar mengenal pasti siapa yang melakukan tugasan yang diberi, melihat kekerapan akses pelajar, serta menilai penglibatan pelajar semasa pelajaran dalam talian.

Oleh kerana pembelajaran dalam talian menjadi perkara baharu bagi kebanyakan institusi di seluruh dunia, UMK dan PBI tidak akan ketinggalan kerana langkah-langkah untuk memastikan para pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang berkesan sentiasa dititikberatkan.